Thursday, 10 March 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terima kasih kerana sudi ke blog Nasi Ayam Berjaya. Langkah pertama bagi anda yang ingin menceburi dunia perniagaan Nasi Ayam Hainan bermula di sini. (sila klik mana-mana gambar untuk pandangan lebih jelas)

Walau bagaimana pun, sebagai pencetus semangat, saksikan testimoni diantara peniaga berjaya yang telah menggunakan produk Knorr Nasi Ayam Hainan.


Pek Permulaan Knorr Nasi Ayam Hainan


Baiklah, anda mungkin sudah mula bertanya, apakah yang diperlukan bagi menceburi bidang ini. Mudah saja, anda hanya perlu mendapatkan Pek Permulaan seperti di atas dan "you're set to go".

Di dalam setiap pek terkandung tiga bahan ramuan utama daripada Knorr yang diperlukan bagi menyediakan set Nasi Ayam Hainan yang lengkap. Set lengkap yang dimaksudkan adalah nasi ayam, ayam goreng, sup ayam, sos cili, sos kicap, sos halia dan juga air limau. Air limau? Ya, air limau ais yang sejuk dan menyegarkan yang boleh dinikmati bersama Nasi Ayam Hainan yang lazat lagi enak.

Ok, sebaik sahaja anda membuka Pek Permulaan Knorr Nasi Ayam Hainan, anda akan dapati di dalamnya satu pek Stok Ayam Knorr, satu tin Marjerin Planta dan satu pek Serbuk Limau Nipis (seperti di bawah).


Kesemua bahan ini, jika digunakan menurut resepi yang disediakan dan pada kuantiti yang ditetapkan, mampu menghasilkan TUJUH PULUH hidangan Nasi Ayam Hainan. Nak jamu kawan-kawan datang makan kat rumah boleh. Nak jemput saudara-mara buat kenduri pun boleh. Dan yang lebih penting, nak buat berniaga dan beroleh keuntungan, lagi boleh. Tapi, tiga bahan ini sahaja? Betul ka ni...? Boleh percaya ka...? Macamana ya...


Bersama Pek Permulaan Nasi Ayam Hainan ini disertakan juga sebuah video dalam bentuk DVD yang akan memperlihatkan kepada anda teknik terperinci bagaimana penyediaan set lengkap Nasi Ayam Hainan ini dijalankan. Kesemua bahan yang diperlukan, kuantiti yang hendak digunakan, teknik persiapan yang menjimatkan masa serta mengurangkan kos dan yang lebih penting, meningkatkan keuntungan, ada dibentangkan dan dihuraikan satu-persatu dihadapan anda. Jadi, tungggu apa lagi. Cepat dapatkan Pek Permulaan Nasi Ayam Hainan hari ini!!! Tapi, tunggu dulu, ada lagi....



Bagi membantu melancarkan lagi proses pemahaman resepi serta teknik penyediaan yang menguntungkan, disediakan juga sebuah buku yang terkandung didalamnya informasi lengkap sebagaimana yang terdapat di dalam DVD. Ini akan memudahkan lagi bagi anda membuat rujukan.

Seterusnya, bagi yang benar-benar berminat dan mahu menceburi perniagaan Nasi Ayam Hainan, samada dengan serius atau pun "mau cuba-cuba dulu", anda hanya perlu mengisi borang seperti di bawah bagi mendapatkan SET PEMASARAN dengan percuma.


SET PEMASARAN merangkumi tiga bahan utama yang dapat membantu memperkenalkan produk Nasi Ayam Hainan anda kepada masyarakat umum dan ini merangkumi: 

Sebuah bunting bagi memperkenalkan kedai/gerai
anda serta produk Nasi Ayam Hainan.



Risalah/flyer penuh warna bagi mempromosi Nasi Ayam Hainan yang boleh diperolehi daripada kedai/gerai anda.



Kad Program Loyalti bagi pelanggan anda.



Dan akhir sekali yang juga merupakan bonus utama dengan setiap pembelian Pek Permulaan Knorr Nasi Ayam Hainan ialah anda berpeluang menyertai kursus masakan Nasi Ayam Hainan yang dikendalikan oleh seorang Chef bertauliah yang pakar dalam penyediaan Nasi Ayam Hainan secara percuma. Semua bahan-bahan yang digunakan adalah seperti yang terdapat di dalam Pek Permulaan Knorr Nasi Ayam Hainan dan Chef akan mengajar teknik penyediaan set lengkap nasi ayam dari mula sehinggalah anda dapat merasa sendiri nasi ayam tersebut.

Dapur masakan dimana kursus masakan
Knorr Nasi Ayam Hainan dijalankan.


Dan setelah selesai kursus masakan Knorr Nasi Ayam Hainan, setiap peserta akan diberikan Sijil Penyertaan oleh pihak Unilever Foodsolutions.


Semua ini dengan harga istimewa
RM31.00


Bagaimana? Adakah anda berminat? Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau sekadar inginkan maklumat lanjut silalah email ke nasiayamberjaya@gmail.com atau telefon/sms 016 9278089.